SILA BACA DENGAN TELITI SYARAT PENYEWAAN KERETA DAN VAN
- Pemandu kereta / van sewa mestilah mempunyai Lesen 'D', dan sekiranya perkara ini TIDAK dipatuhi Penyewa maka Penyewa tersebut bertanggungjawab sepenuhnya atas kecuaian.
- Penyewa DILARANG sama sekali melakukan sebarang kegiatan jenayah iaitu perkara yang menyalahi Undang-Undang Sivil dan Undang-Undang Syariah.
- Penyewa TIDAK dibenarkan menukar sebarang alat ganti kereta & van yang disewa.
- Segala tuntutan saman jalanraya atau saman yang dikeluarkan oleh mana - mana pihak berkuasa hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh Penyewa.
- Sebarang kerosakan kecil atau besar akan ditanggung oleh Penyewa atau Penjamin terbabit. Tuntutan ganti rugi akan dikenakan mengikut kos kerosakan sebenar yang dialami.
- Kereta yang disewa hendaklah dipulangkan tepat pada masa yang dijanjikan. Bayaran tambahan akan dikenakan sebanyak RM10.00 untuk 30 minit pertama.
- Sekiranya, Penyewa TIDAK menghantar @ memulangkan kereta & van sewa melebihi 24 Jam tanpa sebarang notis atau pesanan telefon, maka keadaan tersebut dianggap "Kes Curi Kereta". Laporan Polis akan dibuat dengan kadar segera.Sebarang masalah yang timbul atas keadaan tersebut, maka kos yang terlibat akan ditanggung oleh Penyewa atau Penjamin
- Penyewa mestilah menghubungi kami (tuan punya kereta) sekiranya berhasrat menambah hari penyewaan.
- Kereta yang disewa merupakan tanggungjawab sepenuhnya oleh Penyewa dalam masa yang telah dijanjikan. Sebarang masalah atau kes yang timbul adalah tanggungjawab sepenuhnya Penyewa dan Penjamin terbabit.
- Jadi bersama kita mengingatkan "Berhati-hati di Jalanraya" "Pandu Cermat Jiwa Selamat". Kereta yang disewa hendaklah dijaga sebaik mungkin.
No comments:
Post a Comment